Assalamualaikum... ini UMMI DANISH. :-D . nak cerita memula pasal lahirnya Danish.
Syok giler bila dapat tahu Ina mengandung... Tak terpikir nak anak lelaki atau perempuan... Masa tu dah mencecah 6 bulan, kaki tangan dah mula naik sembab (bengkak bengkak gitu). Mama Ina kata OK je tu... adat la owang mengandung kan... Dah 7 months still mcm tu jugak.. one day... 9/02/06 Khamis ina rasa mcm penatttttt sangat.. pastu ina MC Ina pegi jumpa doctor. Doctor kata darah tinggi ina ni mcm tinggi (eh betul ke ayat ni, heheh tibai je la) Pastu doctor suwuh rehat and jgn keje... So, Ina berehat kat umah sampai la ari Jumaat tuh. Jumaat malam Sabtu tu, Ina rasa pening lain mcm.. Pening mcm nak hempas kepala kat dinding rasanye. Ina dah tak tahan sgt sakit, Ina mintak Hazli (husband kita, muah muah lebiu :P) hantar ke Putrajaya (memang nk lahirkan Danish kat sana la rancangannyer)
Pukul 2 pagi masa tu... (Jumaat-10/2/06) Ina di admit kan ke Hospital Putrajaya kerana blood pressure tinggi gilers! So dok la sana sampai ahad..(12/02/06). Ahad malam Isnin tu, datang balik pening yg teramat sgt tu.. rupanya blood pressure Ina naik tinggi. Doctor bawak pegi Labour Room dan Ina dalam pening-pening tu di inject (x tahu la ubat apa tapi satu badan panas seiii) dan bermulalah satu kejadian yg tak diingini iaitu tarik@FIT! Masa tu dah x sedar diri sempat mengucap dua kalimah syahadah... dah tak berapa ingat tentang semua orang dan keadaan diri Ina sendiri..
Dah 3 hari berlalu, hari Rabu (15/02/06) Ina baru sedarkan diri... Baru tahu rupanya Ina kat ICU... dah 3 hari x sedarkan diri... Danish dah pun dah dikeluarkan rupanya, tarikh lahir dia 13/02/06. Danish kat mana pun Ina masih x tahu. Hidup atau mati ina masih x tahu... sebab kepala otak blank!... Yang Ina ingat Mama Ina yg ada depan mata nangis2. (Uh, syahdu la plaks).
Ina masih dalam ICU the next day nyer.. blood pressure masih tinggi. Hazli bagitau yang Danish sihat alhamdulillah.. ada di NICU (ICU untuk baby) coz berat dia 1.7 kg sahaja. Ina still x dibenarkan tgk Danish.. Hari Sabtu 18/02/06 baru la ina dibernakan pindah ke wad biasa.. the next day, pagi Ahad, Hazli bawak Ina pegi jumpa Danish.. Ya Allah.. hanya Dia yang tahu perassan Ina. Seminggu lahirkan Danish baru dapat jumpa dia.. Menangis, sonok, sayu, hiba semua ada... Bayangkan seminggu Danish x merasa susu badan Ina. (Cian anak Ummi). Ina susukan Danish first time.. sedey gilers.. Kiut jugak anak aku rupanya... kecik dan comel..
Anak yang tak cukup bulan jagaan dia berbeza.. Danish masih kat NICU sebab blood infection pulak.. Ina masih x kuwar hospital.. doctor tak bagi sbb banyak impact kalau balik ke rumah. Ina mintak jaga Danish (private room for mum's & baby). Danish kuningnye x de sgt.. sekali dua je.. tapi blood infection dia masih on hold.. sampai la mingu kedua, dan ketiga... Ina siap bernazar.. kalau anak aku sihat bleh kuwar, aku puasa sehari!.. Hari Rabu 1 March 2006 akhirnya doa ina dimakbulkan... Danish x de infection dah.. dan berat dia 1.8 kg. Bertuah sungguh rasanya.. Ina & Danish dapat keluar.. dan melihat dunia luar yang dah lama x tengok.... (ye la dok sepital jeeee... mana ader kuwa)
Kami anak beranak balik ke Tapah dan Ina habiskan pantang sebulan (sebulan lagi kat sepital kannn) Ina di rumah Tapah (Rumah mama Ina). Nak jaga dia pun berbeza dari baby-baby lain sbb dia prematured kan... Minum pun susu Prematured.. dannnnnnnnn Danish sekarang ini berusia 4 bulan. Pandai mengagah dan sihat walafiat. Berat dia dah mencecah 6 Kg. Alhamdulillah..... :->